Hello ! Do follow me .
Follow | Dashboard
s w e e t - m o m e n t s




Hello . You're safety step on my world .





Good friends are like stars . You don't always see them but you know there're there .







TAIKO + BUTLER = ???
7 July 2013 | 0budak baik
BAB 1

       Danny merenung fail-fail yang bertaburan dihadapannya.Keadaanya sangat serabut,seserabut otaknya.Rambutnya yang sebelum ini terpacak-pacak kini sudah serabai.Otaknya runsing memikirkan sikap papanya yang panas baran dan kuat memaksa.Pagi tadi telah berlaku pertengkaran antara dia dan papanya.

*******

"Papa tak peduli Danny nak atau tak nak,Danny kena juga jadi Pengarah Syarikat Berjaya Holding gantikan papa."Arah Dato` Ismail William.
"Danny dah cakap Danny tak nak.Papa tak boleh nak paksa Danny.Danny dah besar."Ucap Danny pula.
"Eh Danny,dari kecil aku hantar kau pergi sekolah yang terbaik buat apa ha?untuk kau gunakan kebijaksanaan kau untuk majukan Berjaya Holding."
"Papa kalau Danny cakap Danny tak nak,Danny tak naklah papa jangan paksa Danny boleh tak?"Bentak Danny.
"Danny kau jangan nak kurang ajar dengan aku.Kalau kau tak jadi Pengarah Syarikat maknanya kau bukan anak aku.Kau dengan perempuan tu sama sahaja."
"Papa jangan nak libatkan kakak dalam hal ni.Kakak jadi macam tu pun sebab papa."Tengking Danny.Amarahnya sudah memuncak apabila kakak kesayangannya dilibatkan sama.
"Kau jangan nak kurang ajar Danny."Ucap Dato` Ismail.Hampir melempang Danny.
"You enough."Ucap Datin Juliana Mary.
"You cakap dengan anak you.Kalau dia masih memerlukan seorang papa dalam hidup dia,then come to my office tomorrow.If not move from my house today."Ucap Dato` Ismail kepada isterinya tanpa menoleh kearah Danny.Dato` Ismail terus mencapai kunci keretanya dan bergegas ke pejabat.Seketika kemudian kedengaran bunyi deruan kereta BMW X6 milik Dato` Ismail menandakan beliau telah pergi ke pejabat.Datin Juliana memandang Danny yang sedang bermain dengan rambutnya.
"Danny tak pergi office hari ini?"Soal Datin Juliana.
"Pergi tapi lambat sikit"Jawab Danny pendek.
"You hear what your papa said right.Then make your own decision.Mama tak nak masuk campur."
"Erm ok."Jawab Danny sambil melangkah ke tangga.
"Danny nak pergi mana tu?"Soal Datin Juliana.
"Nak pergi tengok kakak.Then siap pergi office."Jawab Danny terus mendaki anak tangga.Puan Juliana memandan sepi anak bongsunya itu.Bukan dia tak mahu masuk campur urusan suaminya dengan anak bongsunya itu.Tetapi setiap kali dia hendak masuk campur pasti akan berlaku perang antara dia dan suaminya.

*******

"Kakak,Danny ni.Kakak tidur ke?"Soal Danny sambil mengusap lembut rambut kakaknya.
"Taklah Danny.Danny tak pergi office ke hari ni?"Soal kakaknya,Julia Atilia.
"Pergi tapi lambat sikit.Kakak dah makan?"
"Dah.Danny tadi kakak dengar Danny gaduh dengan papa lagi eh?"Soal kakaknya.Danny yang sedang bermain rambut kakaknya terus terhenti.Dia tunduk merenung lantai bilik kakaknya itu.Julia tersenyum melihat gelagat adik kesayangannya itu.
Danny,papa tu ayah kita.Walauapapun yang terjadi dia tetap papa Danny.So,Danny tak boleh nak kurang ajar dengan dia.
"Okey sayang?"Ucap Julia sambil mengusap-usap kepala adiknya.Danny menatap muka kakaknya .Begitu banyak pengorbanan kakaknya buat dirinya.Hidup kakaknya sangat terseksa.Seluruh hidupnya hanya mampu terbaring diatas katil.
"Danny termenung apa tu?"Soal Julia sambil ketawa apabila melihat muak adiknya yang terpinga-pinga itu.
"Amboi,seronoknya kakak gelakkan Danny"
"Mana ada kakak gelakkan Danny.Danny ketawakan Danny je."Ucap Julia semakin kuat dia ketawa.
"Oh gelakkan Danny eh.Takpelah Danny nak pergi officelah."Ucap Danny.
"Alah adik akak merajuklah pula.Oklah kakak tak gelakkan dah."Pujuk Julia.
"Danny memang dah nak pergi office.Pukul 10:00 nanti ada meeting dengan client.Malam nanti kita dinner sama-sama ok?"Ucap Danny sambil mencium dahi kakaknya.
"Danny jangan lukakan hati papa lagi tau?"Danny tersenyum sambil mengagguk.

*******

"Danny!"Jerit Irfan sambil menghentakkan meja.
"Oh mak kau!"Latah Danny sambil mencampak fail yang dipegangnya
Irfan sudah ketawa terbahak-bahak meligat telatah rakannya itu.
"Kau ni Pan buat aku terkejut je.Tak reti ke bagi salam sebelum masuk?"Marah Danny.
"Ek eleh,dah nak hilang suara aku bagi salam,dah nak roboh pintu tu aku ketuk kau boleh pulak tak dengar."
"Iye ke?Asal aku tak dengar?"
"Dah kau mengelamun sampai New Zealand mana kau nak dengar?Ucap Irfan masih dalam ketawanya.
"Diamlah kau.Apa kau nak terjah bilik aku ni?"Soal Danny sambil menyusun kembali kertas-kertas yang bertaburan akibat tercampak fail tadi.
"Takde ingat nak ajak kau pergi lunch.Then kita terus gerak oergi site."Ucap Irfan setelah tawanya reda.
"Buat apa nak pergi site?"Soal Danny.
"Woi si tua kau lupa ke.Kan kita ada meeting dengan Encik Osman nak bincang pasal projek tu."Ucap Irfan.Sengaja meninggikan suaranya.
"Oh tadi kau gelakkan aku.Sekarang kau perli pulak aku.Siap kau Pan."Getus hati Danny sambil memandang ke luar biliknya.Dia segera menekan butang interkomnya.
"Ola masuk dalam office saya sekarang Encik Irfan nak jumpa awak."
Irfan yang mendengar apa yang diucapkan olah Danny terus terkejut.
Dengan sekelip mata pintu dikuak.Kelihatan seorang wanita berbadan gempal sedang berdiri matanya mengerling kearah Irfan.
"Encik Irfan!"Jerit Ola terus menerpa kearah Irfan.
"Okeylah Pan.Aku tunggu kat bawah.Jangan lama-lam sangat tau."Ucap Danny sambil tersenyum terus melangkah meninggalkan biliknya.
"Danny !Danny!"Jerit Irfan.Ola terus merengek -rengek disisinya.


Older Post